REVIEW : FILEM OMBAK RINDU

Assalamualaikum dan salam jumaat
entry ni aku nak cerita dan buat review tentang Filem Ombak Rindu .Memang tipulah kan , kalau orang lain sibuk cerita dan kepoh kepoh pasal ombak sana, ombak sini .inikan pulak aku ? for surelah, aku adalah salah seorang yang excited nak tengok cerita ini :)

bagi kaum perempuan yang berhati sensitip memang akan menghayati lah filem ni .yang kata tak best tu ,mungkin orang tersebut tidak menghayati haha . tak pun mungkin mereka terlepas scene scene yang best sebab pergi toilet or whutever ..


so far , jalan cerita ni memang best giler . dan bagi sesiapa yang dah mengikuti  cerita Ombak Rindu ni since novel, mesti lagi best.aku boleh bagi 20 bintang.haha sape suruh best sangat . kan da teroverdose bintang :)

ok aku kasi sinopsis cerita ni dulu . copy and paste je pon

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?


Lakonan aaron aziz memang menjadi sangat sangatlah. Romantic habis.Aku kadang kadang fikir gak .isteri dia tak jeles ke bila tengok babak babak manja aaron dengan pelakon lain?huhu
mula mula dalam cerita ni,aaron memang tak suka pun dengan izzah (maya karin) .Alasannya,sebab si izzah ni perempuan kampung .last last , jatuh cinta jugak.
betullah orang cakap , mula mula benci lama lama sayang.

   
Dalam filem ni jugak , aku suka dengan watak maya karin :) .mungkin sebab dia bertudung. cantikk ok dan tak nampak macam janggal pun dia bawak watak wanita bertudung.dia pakai tudung pun cantik, sweet je :)


nih haa. watak jahat dalam filem ni. bukan watak jahat sangat pun. ala,normal la .bila dapat tau orang yang kita sayang ,then kita rase macam nak 'eeee....nak kuti2 jee..' so far, lisa surihani ni pon memang besst and memang cantikk .lagi cantik dari maya karin . hehe tapi maya karin lagi cantik.eh pening . dua dua cantik senang cite.


jadi kesimpulannya, bagi sesiapa yang tertanya tanya bestt ke filem ombak rindu ni. bagi aku,memang bestt yang teramat sangat and filem ni memang berjaya buat air mata aku keluar.aku tak nak cerita banyak banyak nanti korang tak surprise nak tengok.better pegi tenok sendiri :)



I'IM NOT A BEAUTIFUL QUEEN, I'IM JUST A BEAUTIFUL ME! (: