status : In a relationship in 30 days !

hye guys ! whatcha duing ? sehat ? hope sehat sehat je la kan
ok entry hari ni nak share sikit dekat korang pasal IN A RELATIONSHIP IN 30 DAYS !
siapa kate cari BF/GF tu susah ? dalam masa 30 hari , boys or girls yang menjadi pujaan akan menjadi milik you all .. weehuuu!! tapi macam mana caranya ? hurm , kalau nak tahu bacalah info info berikut sampai ke penghujungnya .jangan sekerat jalan je !

ok , before korang baca info info ni , mia letak bberapa gambar yang boleh menaikkan semangat korang nak baca haha , enjoy it !
hari 1-3
*hari hari pertama ni buat you all tak senang duduk .apa sahaja yang dilakukan si dia membuatkan hati you all happy sangat ! kalau sehari tak menatap wajahnya , boleh buat you all tidur tak lena , mandi tak basah ! ouchh parah ni!

:) beberapa hari ni, pastikan you all tahu di mana dan bila masanya si dia berada .kalau perlu hafal jadual dan segala kegiatannya seharian.berpura pura sentiasa berada di tempat yang selalu dia tuju. tapi awas ye! jangan sampai di label sebagai stalker . so be careful ..

hari 4-7
* hurm , kalau you all sudah mengenal pasti lokasi lokasi favouritenya ,biarkan si dia merasai kehadiran you all di situ . tak perlu susahkan diri menimbulkan perhatiannya pula. nanti lain pula persepsinya terhadap you all.

:) tak perlulah bersolek dan berdandan over sangat . attitude you all pun kena jaga . jangan sampai dia menyedari kelakuan you all yang agak tidak senonoh tu . cukuplah sekadar senyum dan bersikap happy go lucky . bukan si dia sahaja yang menyedari kehadiran you all di situ , malahan orang lain juga akan turut marasai keceriaan yang you all tunjukkan itu.kalau si dia tidak henti henti melirik ke arah you all .. thats a good sign !

hari 8-10
* Yes ! nampaknya si dia sudah pun menyedari kehadiran you all . tapi sehandsome or secantik mana sekalipun dia di mata you all, dia pastinya malu untuk mendekati you all . jatuhla ego boys jika dia menyapa dahulu . begitu juga dengan girls , betul tak ?

:) senang je sebenarnya . cuba cara ni . cuba you all cari tempat yang berdekatan dengannya , cubalah mulakan perbualan dengannya . kalau dah duduk dekat dekat tu tak adalah nampak sangat you all cuba menarik perhatian orang lain untuk mendekati dia kan ? perbualan yang simple pasti akan menimbulkan bibit bibit perkenalan.

hari 11-14
*okay , nampaknya perkenalan you all sudah membuahkan tanda tanda hasilnya. tapi kalau tidak berbuah juga, cubalah berbual dengannya . mungkin akhirnya nanti dapat juga kalian bertukar tukar nombor telefon . sekarang kan hampir semua you all dah ad balckberry seorang satu , bertukar tukarlah BB pin ya !

:) untuk memulakan perbualan, selalunya you all dan si dia akan bertanyakan mengenai perihal perihal you all berdua . contohnya tentang favourite tempat yang selalu dia atau you all lawati untuk hang out dengan kengkawan . kalau si dia sukakan you all , BBM atau SMS you all pasti dibalas. tak usah risau okay ?
tapi kalau masih belum bertukar tukar nombor telefon , tak salahkan jika you all yang meminttanya duu , tapi pastikan perbualan you all itu semakin rancak , barulah boleh minta nombor telefon si dia .mintalah dengan cara yang lebih santai " eh , berapa ek nombor telefon atau BB pin you ? mana tau boleh lepak lepak lagi "

hari 15-18
*wah , you all berjaya ke step yang seterusnya . its a good news ! kalau dah berhari hari si dia bertanyakan mengenai diri you all, ini maknanya si dia memang menaruh hati pada you all . jika sebaliknya, itu bermakna peluang you all untuk mendapatkan boys or girl yang diidamkan semakin tipis . alah , tak maulah sedih sedih . tutup buku pasal boys or girls idaman you all tu ,cari saja yang baru .okay , next !

:) kalau boys or girls sudah mula mengirimkan SMS or BBM kepada you all, haih .. jangan terlalu ikut nafsu nak jawab terus . relax dulu ! biarkan si dia menuggu lama sikit , barulah jawab .tak usahlah gopoh gopoh sangat. kalau nak lagi fun , biarkan perbualan you all dan si dia melalui SMS atau BBM berakhir tanpa salam perpisahan .
esoknya, katakan saja padanya you all tertidur sehingga tak sempat nak membalas mesej si dia . si dia pun pasti tidak puas hati untuk menambat hati you all pula.
tapi, kalau boys or girls tu hanya mengirimkan SMS bila perlu , hmm tak usahlah terhegeh hegeh kat dia lagi ya! move on okay !

hari 19-22
* inilah masanya you all mengukur tahap perasaan si dia terhadap you all . kalau benar si dia sukakan you all  dia pasti akan mengajak you all keluar date.

:) kalau si dia masih belum mengajak you all keluar dating , sekali sekala pancing lah si dia . pura pura lah bercerita mengenai filem baru yang menarik perhatian you all untuk menonton . manalah tau si dia akan mempelawa you all untuk menonton bersamanya .

hari 23-26
:) kalau you all dan si dia sudah semakin kerap berhubungan melalui telefon atau sering bertemu, ini bermakna you all dan si dia sudah punya chemistry . tunggu masa sahaja yang sesuai untuk meluahkan perasaan masing masing .tapi , kalau you all dah bagi hint, tapi si dia still buat buat tak faham dan buat diam sahaja tidak memberikan respon , maknanya  si dia tidak berminat untuk menjalinkan hubungan serius dengan you all.. hurm.. nampaknya si dia hnaya mahu menjadikan you all teman berbual , tak lebih dari itu .

hari 27-30
*hari hari terakhir ni merupakan deadline bagi you all untuk merealisasikan perjuangan mancari cinta dalam masa yang ditetapkan . biasanya  boys akan menunjukkan dua petanda iaitu sikap malu malu ataupun sekadar suka suka . you all sendiri sudah boleh agakkan  apa perbezaannya dua etanda ini .

:) kalau boys yang pemalu , si dia pasti malu malu untuk menjawab pertayaan orang lain mengenai status hubungan you all berdua.
kalau boys yang sekadar suka suka pula terus berubah sikap dan lebih cenderung untuk mengubah topik perbualan setiap kali orang lain bertanyakan mengenai hubungan kalian .
usah khuatir , you all boleh jerat si dia dengan memberikan hint fasal perasaan you all terhadapnya. contohnya  dengan kata kata macam ni,"hurmm ,, seronoknya kalau ada couple kan ? heheh.." tapi biarlah dengan nada yang berguarau . mungkin si dia tidak ambil pusing dengan kata kata you all itu, tapi bermula dari situlah , you all sendiri pasti akan tahu apa sebenar perasaan you all terhadap nya dan begitu juga dengan si dia .

no need to leave comment
:)


I'IM NOT A BEAUTIFUL QUEEN, I'IM JUST A BEAUTIFUL ME! (: